Lebih 100 Ditahan Dalam Op Bersepadu Khas Hilir Perak

TELUK INTAN, 16 Mac (Bernama) — Seramai 120 orang termasuk 40 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu Khas Hilir Perak di sekitar Hilir Perak dan Bagan Datuk sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata antara kesalahan mereka yang ditahan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta penyeludupan minuman keras dan rokok.

“Semua yang ditahan itu adalah daripada 337 individu yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini…..

(BERNAMA)

[4798903]

Facebook Comments