Pernyataan klarifikasi

Merujuk kepada artikel bertajuk “Krisis FAS dibongkar: Exco tidak puas hati ‘kuasa’ Noor Hisham” dan “Tindakan keluar daripada mesyuarat FAS tiada kaitan agenda politik:Exco mula persoal kuasa Hisham” yang disiarkan di dalam Kosmo! bertarikh 3 September 2016 (“Artikel Tersebut”), kami ingin menjelaskan di sini Artikel Tersebut tidak berniat untuk memberikan apa-apa gambaran bahawa En Noor Hisham Hj Mohd Ghouth seorang yang tidak jujur, tidak beretika atau mempunyai apa-apa isu integriti.

Selanjutnya, Artikel Tersebut tidak membawa makna bahawa En Noor Hisham tidak boleh dipercayai atau sebaliknya tidak layak untuk memegang jawatan dalam persatuan sukan.

(Kosmo)

[4798884]

Facebook Comments