Syarikat Tempatan Dipelawa Rebut Peluang Industri Kereta Api India

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — CIDB Holdings Sdn Bhd hari ini mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk memanfaatkan peluang besar dalam industri kereta api India sejajar usaha kerajaan negara itu melaksanakan projek pembangunan semula kemudahan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ir Judin Abdul Karim juga berharap kalangan kontraktor Malaysia akan melihat peluang itu sebagai satu cabaran.

Sehubungan itu, beliau mempelawa pihak berkepentingan pembinaan Malaysia untuk menyertai seminar Peluang Perniagaan Pembangunan Semula Stesen Perkhidmatan Kereta Api di India’ anjuran bersama CIDB pada 20 Mac ini…..

(BERNAMA)

[4798864]

Facebook Comments