Rebut peluang industri kereta api India: CIDB

KUALA LUMPUR: CIDB Holdings Sdn Bhd mempelawa syarikat Malaysia memanfaatkan peluang besar dalam industri kereta api India, sejajar usaha kerajaan negara itu melaksanakan projek pembangunan semula kemudahan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ir Judin Abdul Karim, berkata beliau berharap kontraktor Malaysia akan melihat peluang itu sebagai satu cabaran.

Sehubungan itu, beliau mempelawa pihak berkepentingan pembinaan Malaysia untuk menyertai seminar Peluang Perniagaan Pembangunan Semula Stesen Perkhidmatan Kereta Api di India’ anjuran bersama CIDB pada 20 Mac ini.

“Menerusi kerjasama erat dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Kereta Api (India), Kereta Api India dan Indian Railway Stations Development Corporation Ltd, kami melihat usaha penyusunan semula itu membabitkan sehingga 400 stesen, ” katanya pada satu sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.

CIDB Holdings adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Setakat ini kira-kira 50 syarikat sudah menyatakan hasrat untuk menyertai projek pembangunan semula itu yang membabitkan tempoh antara 10 hingga 15 tahun.

BERNAMA

(BHONLINE)

[4798856]

Facebook Comments