Tidak Perlu Melancong Ke Negara Barat, 11 Lokasi Menarik Di Indonesia Ini Bakal Buat Kamu Terpukau
























Apabila melihat rakan Facebook yang berpeluang ke negara Eropah berkongsi foto-foto kenangan mereka di tempat-tempat menarik di sana, hati kecil ini turut bersuara, “Bestnya kalau aku dapat pergi ke sana.”

 

Namun, bila melihat baki akaun bank yang masih tinggal, jangan kata nak ke negara Eropah, nak survive sampai akhir bulan pun belum tentu.

 

Solusinya, simpan je la angan-angan tu atau jika nak sangat ke sana, terpaksalah ikat perut selama tiga tahun untuk menyimpan duit.

 

Nah, jangan risau guys. Siapa kata negara Eropah dan Barat sahaja yang mempunyai tempat-tempat yang cantik untuk dilawati? Negara kita sendiri mempunyai tempat pelancongan yang bertaraf dunia.

 

Walau bagaimanapun, kali ini REMAJA ingin membawa kamu semua menjelajahi negara jiran kita, Indonesia yang juga tidak kurang hebat dalam industri pelancongan.

 

Tunggu sahaja promosi tiket penerbangan tambang murah, dengan wang saku yang tidak melebihi RM1000, kamu bisa menikmati pengalaman yang sama seperti di negara-negara Barat dan Eropah.

 

Jom kita lihat 11 tempat menarik di Indonesia yang boleh korang lawati tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar.

 

 

1.    Kalau di Amerika Syarikat gah dengan gua batu Antelope Canyon,

 

 

Di Indonesia kamu boleh menikmati pengalaman yang sama di Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan.

 

 

2.    Pernah tak kamu tonton filem-filem Cina yang berlatar belakangkan keunikan taman Hutan Zhangjiajie, China?

 

 

Tapi tunggu dulu. Di Indonesia juga terdapat Pantai Pegadungan yang tidak kurang hebatnya.

 

 

3.    Croatia terkenal dengan tasik yang boleh bertukar warna, Plitvice Lakes. Tapi nak ke Croatia tu jauh kan?

 

 

So, pergi sahaja ke Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia. Jauh lebih jimat.

 

 

4.    Cantiknya kalau dapat bergambar kenangan di kolam air panas Pamukkale, Turki ni.

 

 

Looks familiar? Ya, kamu juga boleh berkunjung ke Pulau Belitung, Danau Kaolin ini untuk merasakan kehangatan yang sama seperti di Pamukkale, Turki.

 

 

5.    Karnival Rio De Janeiro adalah karnival yang terbesar di dunia.

 

 

Di Karnival Batik Solo, Surakarta ini juga kamu bisa merasakan kemeriahan yang sama, malah mungkin lebih meriah dengan kostum-kostum yang jauh lebih pelik.

 

 

6.    Siapa bilang di Indonesia tidak mempunyai savana seperti di Masai Mara Game Reserve, Kenya?

 

 

Taman Negara Baluran adalah buktinya.

 

 

7.    Pulau Bora-Bora sering dijadikan lokasi bulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin.

 

 

Mungkin selepas ini, untuk jimatkan masa dan wang, kamu boleh merancang bulan madu ke Pulau Cinta yang terletak di utara Sulawesi pula. Nama pulau ini pun dah menggambarkan bagaimana suasana di sana kan?

 

 

8.    Pernahkah kamu mendengar akan kewujudan jambatan daripada akar pokok di Cherrapunji, India?

 

 

Rasai keunikan itu hanya di Jembatan Akar, Sumetara.

 

 

9.    Lautan ungu membanjiri ladang lavender di Mont-Ventoux, Perancis. Tapi tu la, nak ke Perancis tu bukan mudah.

 

 

Ok senang, Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo ini juga nampak hebat kan? Malah lebih cantik pemandangannya yang berlatar belakang kawasan gunung.

 

 

10.    Cuba kamu lihat gua Stevens Gap, Alabama dan Gua Jomblang di Yogyakarta.

 

 

Apa perbezaannya? Sama bukan?

 

 

11.    Keindahan semula jadi kawah air panas gunung berapi di New Zealand tersembunyi di sebalik kehijauan rimbunan pepohon.

 

 

Tetapi, jika dia Kawah Putih, Bandung, kawah air panas terlindung dengan awan mendung yang dingin.

 

 

 

Sumber: indonesia.tripcanvas.co
 

(REMAJA)

[4798848]

Facebook Comments