Personaliti Berdasarkan Dessert Pilihan









Semua orang suka makan dessert. Makanan pelengkap yang biasanya manis dan melazatkan ini menjadi kegilaan semua orang di dunia. Adakah makanan dessert kegemaran kamu boleh menunjukkan personaliti kamu? Nak tahu, jom tengok di bawah!

 

1. COOKIES
Kamu seorang yang versatil dan boleh menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran. Dikenali sebagai seorang yang low profile dan cukup senang didampingi. Cenderung dengan perkara-perkara melibatkan aspek klasik dan menghargai sejarah. Senang cerita, you’re loveable by everyone!
 

 

2. DONUT
Phewww, rupanya ramai yang mencemburui kamu disebabkan betapa awesome-nya sifatmu! Kamu mudah didampingi dan disenangi oleh pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Sekali-sekala kamu suka sesuatu yang agak fancy namun kebiasaannya kamu seorang yang chill dan cool gitu! Jika ada orang tidak suka, kamu tidak kisah. Sebab kamu tahu kamu awesome!

 

 

3. AIS KRIM
You’re irresistible! Apa jua kamu lakukan pasti menarik perhatian ramai orang. Malah, orang yang tidak berapa gemar juga mengakui bahawa kamu mempunyai aura tersendiri. Kamu mempunyai keupayaan untuk menyerlah di dalam kumpulan dan mampu mempengaruhi orang lain. Kamu juga mudah bekerjasama dengan semua orang.
 

 

4. KEK
Ramai kawan-kawan kamu mempercayai kamu. Kamu ada sifat sentiasa bersedia untuk mendengar apa jua masalah serta luahan mereka. Yes, kamu seorang crowd pleaser terbaik! Walaupun kadang kala sikapmu agak dramatik dan diva namun tidaklah keterlaluan.

5. PAI
Seringkali kamu dilihat sebagai seorang yang agak goofball namun disebalik sikap jenakamu, tersimpan kebijaksanaan. Kadangkala kamu dilihat sebagai seorang yang terlalu emosional kerana tidak suka menyimpan apa yang terbuku di hati.
 

 

6. BROWNIES
Kamu cukup dikagumi kerana campaklah ke mana sahaja kamu mampu survive! Kamu juga tidak suka berbelanja dengan boros dan membeli benda bukan-bukan. Sebagai seorang sahabat kamu dilihat sebagai seorang yang mempunyai mida terbuka dan berani memberikan pendapat.
 

 

7. PUDING
Walaupun orang menganggap kamu seorang yang lemah namun setiap kali cabaran mendatang, kamu hadapinya dengan cukup baik. Bila berada di dalam kumpulan kamu memberikan sesuatu yang berbeza dan istimewa kepada rakan-rakan. Satu perkara yang menarik, kamu tidak suka buang masa dengan orang yang fake!

 

(REMAJA)

[4798824]

Facebook Comments