UUM Jalin Kerjasama Dengan Persatuan Pelancongan Langkawi, Adya Hotel

LANGKAWI, 16 Mac (Bernama) — Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menjalin kerjasama dengan dua pihak berkaitan dalam bidang pelancongan.

UUM dalam kenyataan berkata kerjasama dengan Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) menerusi memorandum persefahaman (MoU) di sini bertujuan untuk menyediakan latihan kepada anggotanya yang terlibat dalam perniagaan pelancongan.

MoU dengan Adya Hotel pula meliputi kerjasama dalam perundingan, penyelidikan dan penempatan latihan industri, termasuk pengiktirafan atau pensijilan yang berkaitan dengan kakitangan PKB Hotel Management & Service di UUM…..

(BERNAMA)

[4798749]

Facebook Comments