Taktik terbaharu edar dadah terbongkar

KUANTAN 16 Mac -Polis mengesan taktik terbaharu kegiatan menjual dadah di daerah ini iaitu dengan memasukkan bahan berkenaan ke dalam plastik gula-gula getah dan pek minuman segera.

Taktik tersebut terbongkar dengan penahanan lima lelaki dalam dua serbuan pada pukul 3.30 petang dan 7.20 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Lam Thiam Huat berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Maju Jaya di sini menahan dua lelaki berusia 30-an termasuk seorang warga Singapura.

‘’Pemeriksaan di rumah tersebut menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM130,000. Berikutan tangkapan itu, polis menahan tiga lelaki termasuk dua remaja di depan medan selera di Jalan Gambut di sini.

‘’Kesemua mereka direman selama seminggu sehingga 27 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798726]

Facebook Comments