Korea Utara Berselindung Di Sebalik Syarikat Komersial Elak Sekatan Antarabangsa

Oleh Ismai Amsyar Mohd Said dan Amirul Mohd Sajadi

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Selepas pendedahan mengenai gerakan pengintipan oleh Korea Utara di Malaysia, kini terbongkar pula rejim itu bertindak membuka syarikat di Malaysia dengan memperdaya rakyat tempatan bagi tujuan mengelak sekatan antarabangsa.

Sumber memberitahu Bernama bahawa wujud beberapa usaha untuk menubuhkan beberapa syarikat gandingan rakyat Korea Utara dan individu Malaysia atas nama komersial, namun hakikatnya menjadi alat menjayakan kepentingan Korea Utara.

“Syarikat-syarikat ini ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan untuk menjana wang ‘menyara’ rejim mereka. Aktiviti mereka termasuk pengubahan wang haram dan juga penjualan barang yang terkandung dalam Akta Perdagangan Strategik,” jelas sumber itu…..

(BERNAMA)

[4798710]

Facebook Comments