Buang kerja jika rasuah, ambil dadah


Serdang: Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bakal berdepan dengan hukuman dibuang kerja jika didapati terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan dadah ketika dalam tugas.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Ahmad Shahabuddin berkata, tindakan seperti itu hanya mencemarkan imej jabatan kerajaan kerana perkara seperti itu amat menjijikkan dan menyebabkan mereka hilang fokus pada kerja.

Beliau berkata, amalan rasuah ini tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sepatutnya tidak diamalkan namun hanya segelintir yang mengambil peluang itu (rasuah) yang boleh menjejaskan tugas sebagai kakitangan kerajaan.

“Begitu juga dengan dadah, ia akan menyebabkan anggota hilang fokus dan tidak disiplin hingga menyebabkan mereka tidak hadir kerja dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Penguasa Bomba Mohd Naim Jaafar dan Ketua BBP Serdang, Abdul Mois Ahmad Mansor.

(myMetro)

[4798695]

Facebook Comments