Polis rampas dadah dalam pek gula-gula getah

16/03/2017 3:35pm

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
KUANTAN – Polis Pahang merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ketamin, ekstasi dan Eramin 5 yang sebahagiannya dibungkus dalam pek menyerupai gula-gula getah bernilai keseluruhan RM35,221 pada 14 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, Superintendan Lam Thiam Huat berkata, sehubungan rampasan itu, polis menahan lima suspek berusia antara 15 hingga 30-an termasuk seorang warganegara Singapura bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” ujar beliau semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Turut dirampas ialah kenderaan jenis Toyota Harrier dan Proton Saga yang kedua-duanya bernilai RM130,000. – K! ONLINE

(Kosmo)

[4798670]

Facebook Comments