[VIDEO] Pusat beli-belah My Town dibuka hari ini


KUALA LUMPUR 16 Mac – Pusat beli-belah My Town yang dibina bersebelahan Pusat Perabot Sweden, IKEA di Jalan Cochrane, Cheras, di sini, mula beroperasi hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, pusat membeli belah berkeluasan 1.6 juta kaki persegi termasuk IKEA Malaysia itu menawarkan lebih 400 kedai pelbagai jenama dari seluruh negara.

Katanya, pusat yang mengetengahkan konsep ruang makan terbuka itu dibuka kepada orang ramai bermula pada pukul 10 pagi hingga 10.30 malam. – UTUSAN ONLINE

Video oleh FAUZI SUHAIMI

(Utusan Online)

[4798672]

Facebook Comments