113 Calon SPM Sabah Cemerlang, Semua Subjek A+, A Dan A-

KOTA KINABALU, 16 Mac (Bernama) — Seramai 113 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Sabah memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Mohd Kassim Mohd Ibrahim.

Beliau berkata sekalipun angka itu jatuh berbanding 142 pelajar pada 2015, keseluruhannya keputusan SPM Sabah adalah meningkat dengan 48.60 peratus daripada 16,321 calon lulus semua subjek berbanding 48.44 peratus pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan keputusan SPM 2016 Sabah di sini hari ini, Mohd Kassim berkata Gred Purata Nasional Sabah juga bertambah baik kepada 5.64 berbanding 5.66 pada 2015…..

(BERNAMA)

[4798655]

Facebook Comments