707 Calon SPM Di Perak Peroleh Keputusan Cemerlang Semua Mata Pelajaran

IPOH, 16 Mac (Bernama) — Seramai 707 daripada 32,509 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Perak berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu mendapat Gred A+, A- dan A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Mat Lazim Idris berkata kebanyakan pelajar terbabit mengambil antara sembilan dan 10 subjek.

Gred Purata Nasional (GPN) juga bertambah baik kepada 5.17 berbanding 5.22 pada 2015, katanya pada sidang media mengenai analisis keputusan SPM 2016 Perak, di sini hari ini…..

(BERNAMA)

[4798660]

Facebook Comments