China tingkat usaha kekang aliran keluar modal

SHANGHAI: Bank Pusat China menaikkan kadar faedah jangka pendek hari ini yang dilihat ahli ekonomi sebagai usaha untuk menghalang aliran keluar modal dan menstabilkan yuan stabil.

Langkah itu berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedahnya semalam.

Peningkatan kadar faedah jangka pendek itu adalah yang ketiga dalam tempoh beberapa bulan dan ia diputuskan sehari selepas tamatnya sesi parlimen.

Dalam sesi itu, pemimpin China itu memberi amaran bahawa langkah menangani risiko daripada peningkatan hutang akan menjadi dasar utama tahun ini.

Beberapa jam sebelum itu, Fed AS menaikkan kadar dasar penanda arasnya seperti mana yang dijangka dan memberi petunjuk kenaikan selanjutnya kerana ekonomi negara itu sedang meningkat.

Beberapa penganalisis menjangkakan kenaikan kadar seumpama itu di China pada bulan akan datang kerana pihak berkuasa dilihat mahu menghalang risiko daripada hutang yang semakin meningkat.

People’s Bank of China (PBOC) juga mengukuhkan kadar rujukan separuh mata harian bagi mata wang yuan kepada hampir sepenuhnya dalam tempoh dua tahun semalam.

Yuan susut 6.5 peratus berbanding dolar tahun lalu berikutan pengukuhan dolar dan ketidaktentuan mengenai ekonomi China dan ia mengakibatkan kerajaan mengambil langkah menyekat aliran keluar bagi meringankan rizab tukaran asingnya.

Yuan juga semakin stabil tahun ini kerana dolar tidak terus mengukuh tetapi kerajaan China kekal berhat-hati berikutan ramai pemerhati pasaran menjangkakan dolar akan meneruskan pengukuhannya.

Langkah terbaharu itu mencerminkan keinginan bank pusat China mengekalkan kadar yuan yang agak tinggi, meningkatkan kos pengurangan yuan dan mengurangkan tekanan susut nilai, kata ahli ekonomi pasaran baharu muncul di Commerzbank, Zhou Hao dalam satu nota.

Selepas beberapa tahun mengamalkan dasar yang longgar, PBOC telah bergerak dengan berhati-hati kepada dasar lebih ketat dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia bertujuan meredakan pertumbuhan tinggi dalam hutang dan tidak menggalakkan aktiviti spekulatif walaupun ia dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesan buruk kepada pertumbuhan.

Ekonomi China juga lebih kukuh pada masa ini berbanding awal tahun lalu dan ia memberikan pembuat dasar lebih banyak ruang, secara teorinya untuk mengawal risiko kewangan dan melakukan perubahan.

Reuters

(BHONLINE)

[4798639]

Facebook Comments