MNRB pinjam RM320j

KUALA LUMPUR: MNRB Holdings Bhd melaksanakan perjanjian kemudahan kredit pusingan bernilai RM320 juta dengan AmBank (M) Bhd membiayai semula pinjaman sedia ada sebanyak RM320 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MNRB berkata pinjaman itu merangkumi pinjaman pembiayaan Murabaha Komoditi Islam RM200 juta dan Sukuk Mudharabah RM120 juta.

“Kemudahan berkenaan membabitkan kadar faedah apungan yang disemak semula setiap suku tahun, tidak bercagar dan bertempoh 18 bulan dengan pilihan lanjutan enam bulan lagi.

“Pinjaman itu tidak akan meningkatkan nisbah hutang MNRB kerana ia akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai semula pinjaman sedia ada,” katanya.

BERNAMA

(BHONLINE)

[4798640]

Facebook Comments