Tunggu laporan sebelum tutup sekolah


Alor Setar: Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan penuh mengenai wabak selsema burung atau virus Avian Influenza (H5N1) daripada Kementerian Kesihatan sebelum memutuskan sebarang keperluan untuk menutup sekolah di Kelantan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, laporan itu disifatkan perlu untuk mengenal pasti status terkini wabak berkenaan yang melanda empat daerah di Kelantan, yang kini mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri.

“Kita akan ambil tindakan bersesuaian bergantung kepada hasil laporan penuh Kementerian Kesihatan, sama ada perlu atau tidak tutup sekolah.

“Situasi ini sama dengan apa yang berlaku di Perak iaitu kita terima laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan. Hasilnya buat masa kini tiada keperluan untuk itu (tutup sekolah) atau kuarantin pelajar daripada menjalani aktiviti,” katanya selepas selepas menyampaikan cek peruntukan kepada sekolah bantuan kerajaan (SBK) bagi kategori Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, hari ini.

(myMetro)

[4798642]

Facebook Comments