Kini Anda Boleh Menjenguk Ke Dalam Gunung Berapi Terus Pada Google Street View

Google Street View merupakan lanjutan kepada Google Maps, membolehkan anda melihat dan melawat pelbagai tempat di Malaysia dan seluruh dunia dengan hanya melayari pada skrin komputer ataupun peranti pintar – dan juga sambungan kepada Internet.

Terkini, Google telah bekerjasama bersama dua orang penjelajah, dan menghantar mereka bersama-sama dengan sebuah kamera Street View ke pulau bernama Ambrym di negara Vanuatu untuk merakam pemandangan pulau tersebut. Pada masa yang sama, rakaman turut dilakukan ketika menuruni kawah gunung berapi Marum untuk memberikan pengguna-pengguna Street View pandangan ke dalam kawah tersebut.

Jika anda bertanya kenapa Google merakam pemandangan kawah gunung berapi tersebut, ini adalah kerana untuk pergi ke Vanuatu, ataupun pulau Ambrym tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja kepulauan tersebut terletak 1600km daripada kepulauan utama Australia, gunung berapi Marum yang terletak pada pulau tersebut juga merupakan sebuah gunung berapi aktif yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja.

Google Street View: Marum Volcano

Sumber Rujukan: Google

Berkaitan: Ambrym Marum, Google, gunung berapi, Street View, Vanuatu

(Amanz Media)

[4798628]

Facebook Comments