Oppo Menghentikan Pembangunan Project Spectrum Yang Menggunakan Android Antaramuka Natif

Oppo melancarkan Project Spectrum pada tahun 2015 yang menggantikan pelancar ColorOS dengan Android antaramuka natif. Peranti Oppo R7s ialah peranti yang disokong. Projek ini menerima reaksi yang baik dari pengguna yang sudah lama mendambakan penggunaan Android yang tidak diubahsuai pada peranti Oppo mereka.

Menurut laporan Ausdroid, Project Spectrum kini telah dihentikan oleh pihak Oppo tanpa sebarang tarikh bilakah ia akan disambung semula. Peranti Oppo mendapat sambutan amat luar biasa tahun lalu walaupun menggunakan pelancar ColorOS. Ia juga amat lancar penggunaannya walaupun masih menggunakan Android Marshmallow dan ke bawah. Apa pendapat anda tentang penghentian sokongan Android antaramuka natif pada peranti Oppo ini?

Sumber Rujukan: Ausdroid

Berkaitan: Android Antaramuka Natif, Android Stock, Oppo, Project Spectrum

(Amanz Media)

[4798616]

Facebook Comments