Parlimen: Pembukaan Tanah Tidak Terkawal Antara Punca Banjir Besar Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Pembukaan tanah yang tidak terkawal, pembalakan tidak terkawal dan taburan hujan tinggi antara punca utama banjir besar di Pantai Timur, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata penambakan tanah bagi pembinaan perumahan yang merintangi laluan banjir dan mengecilkan ruang untuk menyimpan air banjir semasa waktu puncak hujan juga menyumbang kepada masalah itu.

“Air pasang berhampiran laut dan sampah sarap yang menghalang laluan air sungai turut menyumbang kepada permasalahan ini,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini…..

(BERNAMA)

[4798613]

Facebook Comments