Gimnas Remaja Negara Antara Tiga Pelajar Terbaik SPM SSBJ

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi Shak Yuki membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Gimnas remaja negara berusia 17 tahun itu yang diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B.

“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan SEA,” kata atlet kelahiran Kuala Lumpur itu kepada pemberita ketika ditemui di SSBJ di sini hari ini…..

(BERNAMA)

[4798569]

Facebook Comments