Parlimen: Perbalahan Dalam Keluarga Punca Utama Kes Dera Kanak-kanak – Kementerian

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Perbalahan dalam keluarga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari 2012 hingga 2016, sebanyak 3,318 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan berlaku dalam keluarga yang mempunyai krisis rumah tangga.

Selain itu, katanya, pengabaian dan kecuaian ibu bapa dan penjaga sama ada secara sengaja mahupun tidak turut menyumbang kepada kadar kes penderaan kanak-kanak…..

(BERNAMA)

[4798556]

Facebook Comments