11 pegawai imigresen makan suap direman


Petra Jaya: Seramai 11 pegawai imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zulhairi Sulaiman bagi membenarkan SPRM menjalankan siasatan lanjut terhadap semua suspek membabitkan lima pegawai lelaki dan enam pegawai wanita.

Semua suspek yang tiba di Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 9 pagi itu berusia antara 33 tahun dan 53 tahun.

Mereka ditahan SPRM di beberapa lokasi di Kuching dan Serian menerusi Op Batas selepas didapati menerima wang rasuah bagi melindungi pendatang asing tanpa izin di negeri ini.

Dalam operasi itu semalam, SPRM turut merampas wang tunai RM10,000 daripada salah seorang suspek yang ditahan.

(myMetro)

[4798537]

Facebook Comments