Porsche 718 Cayman dilancar


Pulau Pinang: Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengedar rasmi kenderaan Porsche di Malaysia melancarkan model serba baru 718 Cayman di sini, hari ini.

Model generasi ketiga ini didatangkan dengan dua varian iaitu Cayman dan Cayman S dilengkapi enjin Boxer 2.0 liter dan 2.5 liter empat silinder pengecaj turbo yang sama dipasang pada model 718 Boxster sebelum ini.

Turut diperbaharui lampu hadapan Bi-Xenon dengan lampu nyalaan siang (DRL) serta bahagian lampu belakang nipis dengan teknologi tiga dimensi untuk lebih jelas.

Bahagian dalaman turut dipertingkatkan dengan Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) serta skrin sentuh bersaiz 7 inci sebagai ciri standard kemudahan multimedia dan maklumat teknikal lain.

Harga 718 Cayman dan 718 Cayman S bermula daripada RM530,000 dan RM700,000 dengan empat tahun waranti serta penyelenggaraan percuma untuk servis, alat ganti dan kos pekerja.

Pelancaran ini juga bersempena pembukaan Pusat Porsche Pulau Pinang yang dilengkapi ciri 3S bagi kemudahan pemilik jenama itu di bahagian utara.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer dan Pengarah Urusan Porsche Asia Pasifik, Martin Limpert.

(myMetro)

[4798539]

Facebook Comments