Hanya Gandingan Vivian-Khe Wei Teruskan Cabaran Di Terbuka Switzerland

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Gandingan beregu wanita utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran di Grand Prix Emas Terbuka Switzerland, pada lewat Rabu (awal pagi Khamis di Malaysia).

Pilihan ketiga itu menewaskan Lin Xiao Min-Wu Fang Chien dari Taiwan 21-18, 21-14 di pusingan pertama yang diadakan di Arena St. Jakobshalle, demikian menurut lawan web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Vivian-Khe Wei akan menentang satu lagi pasangan Taiwan, Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han di pusingan kedua hari ini selepas lawan itu menewaskan pasangan bidan terjun, Khairunnisa Imma Muthiah-Jenjira Stadelmann (Indonesia/Belanda) 21-16, 21-17…..

(BERNAMA)

[4798519]

Facebook Comments