PDRM dapat notis merah Interpol tangap empat warga Korea Utara

16/03/2017 3:08pm

PUTRAJAYA – Polis Malaysia telah mendapat Notis Merah Interpol bagi penangkapan empat warga Korea Utara berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kami telah mendapat notis daripada Interpol ke atas mereka dan kami berharap dapat menangkap mereka melalui Interpol,” katanya mengenai perkembangan terkini siasatan yang sedang dijalankan berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Notis merah Interpol merupakan instrumen paling hampir bagi waran penangkapan antarabangsa yang digunakan hari ini.

Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – Bernama

(Kosmo)

[4798504]

Facebook Comments