Notis merah Interpol


Putrajaya: Polis sudah memperoleh notis merah daripada Interpol untuk menahan empat warganegara Korea Utara yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan Kim Jon-nam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, empat individu berkenaan ialah Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57, yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) ketika kejadian pembunuhan itu berlaku pada 13 Februari lalu.

“Keempat-empat mereka sudah meninggalkan Malaysia dan kini dipercayai sudah berada di Pyongyang, Korea Utara.

“Kita berharap dapat menangkap mereka melalui Interpol. Siasatan masih diteruskan dan belum selesai,” katanya yang ditemui selepas menghadiri Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Rohingya (ICR) di sini, hari ini.

Khalid berkata, siasatan terhadap mayat Jong-nam sudah selesai dan pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Wisma Putra untuk mengendalikannya.

(myMetro)

[4798492]

Facebook Comments