“Kita Bukan Nak Jual Langkawi”, Kata Ahmad Bashah

LANGKAWI, 16 Mac (Bernama) — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menyelar tanggapan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri hendak menjual Langkawi melalui penggalakan pelaburan luar.

Katanya usaha kerajaan negeri Kedah menggalakkan kemasukan pelaburan luar ke Langkawi adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan tidak sepatutnya dilihat untuk menggadai pulau pelancongan ini.

“Apabila mereka melabur sejumlah wang yang besar, sudah tentunya mereka memerlukan jaminan dan jaminan itu (salah satunya) adalah dari segi pajakan…bukannya kita terus jual dan kemudiannya kita cuci tangan begitu sahaja,” katanya…..

(BERNAMA)

[4798457]

Facebook Comments