Pernyataan klarifikasi

MERUJUK kepada artikel bertajuk: “Tindakan keluar dari Mesyuarat Exco FAS tidak berkait agenda polotik: Barisan Exco persoal `kuasa’ Hisham melebihi presiden” yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 September 2016 (Artikel Tersebut), kami ingin menjelaskan di sini Artikel Tersebut tiak berniat untuk memberikan apa-apa gambaran bahawa En Noor Hisham Hj Mohd Ghouth seorang yang tidak jujur, tidak beretika atau mempunyai apa-apa isu integriti.

Selanjutnya Artikel Tersebut tidak membawa makna bahawa En Noor Hisham tidak boleh dipercayai atau sebaliknya tidak layak untuk memegang jawatan dalam persatuan sukan.

(Utusan Online)

[4798428]

Facebook Comments