Malaysia gesa Myanmar hentikan penindasan


PUTRAJAYA 16 Mac – Malaysia menggesa kerajaan Myanmar untuk menghentikan penindasan yang tidak berkesudahan terhadap etnik Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Myanmar melalui ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi perlu membuktikan segera kepada komuniti ASEAN bahawa mereka juga berjiwa besar.

“Kita amat kecewa apa yang berlaku dan tindakan Myanmar ke atas etnik Rohingya dan itu sangat tidak boleh diterima.

“Jika kita melihat kembali sejarah ASEAN, Malaysia adalah satu-satunya yang memperjuangkan nasib Myanmar sewaktu mereka bersendirian dan tiada rakan-rakan.

“Malaysia juga yang telah berusaha untuk memastikan kemasukan Myanmar sebagai anggota ASEAN,” katanya semasa berucap pada majlis Penutup Persidangan Rohingya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798394]

Facebook Comments