PDRM Terima Notis Merah Interpol Buru Empat Rakyat Korea Utara


PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh notis merah daripada Interpol untuk menahan empat rakyat Korea Utara yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita telah memperoleh notis merah untuk empat rakyat Korea Ytara yang berada di lapangan terbang semasa hari kejadian.

“Kami percaya mereka telah pulang ke Pyongyang. Kita berharap dapat menahan mereka menerusi Interpol,” kata beliau pada satu majlis di sini pada Khamis.

Notis merah Interpol merupakan waran tangkap melibatkan kes antarabangsa.

Berita selanjutnya menyusul….

(mStar)

[4798332]

Facebook Comments