China Memperlihatkan Raifal Anti-Dron Yang Kelihatan Futuristik


Dron komersial yang semakin murah boleh mendatangkan bahawa apabila dikawal oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Di Ukraine, dron keluaran DJI telah diubahsuai menjadi dron peninjau oleh tentera pemisah pro-Kremlin. Sementara itu di Yemen seorang komander kereta kebal meninggal diunia selepas bom dijatuhkan menggunakan dron pihak Houthi. Oleh itu sistem anti-dron mula dihasilkan bagi menangani ancaman dron.

Di Wuhan China, raifal anti-dron pertama keluaran China diperlihatkan. Raifal yang tidak diketahui nama dan spesifikasinya ini digunakan oleh polis Wuhan. Apabila dron ditembak, ia akan secara automatik mendarat. Rekaan raifal ini menarik kerana kelihatan futuristik seakan raifal yang digunakan Tom Cruise di dalam filem Oblivion.

Rekaannya berbeza dengan Dronegun yang turut mempunyai fungsi serupa. Dronegun boleh dipasang sebagai aksesori pada sisi raifal seperti Colt M-4.

Sumber Rujukan: Shanghaiist

Berkaitan: Anti Dron, Dron, Raifal, Senjata

(Amanz Media)

[4798326]

Facebook Comments