Remaja maut dalam kebakaran


Telupid: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gambaron 2, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mayat Edmend Tedy, 18, yang dipercayai terperangkap dalam rumah terbabit, ditemui selepas api dipadamkan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.11 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan ke lokasi yang terletak sejauh 101 kilometer.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.47 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.54 pagi.

“Seorang mangsa ditemui rentung selepas api dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

(myMetro)

[4798317]

Facebook Comments