Ibu Shafie Apdal meninggal dunia


Semporna: Ibu Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini, kira-kira 6.30 pagi, hari ini.

Allahyarhamah Bunga Suara Dandai, 85, meninggalkan lapan anak termasuk Mohd Shafie yang juga anak kelima, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal.

Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Semporna berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, selepas asar hari ini.

Difahamkan, ketika Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

(myMetro)

[4798319]

Facebook Comments