Residensi Seri Wahyu dilancar 29 Mac ini

KUALA LUMPUR 16 Mac – Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) akan melancarkan projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Seri Wahyu di Galeri Jualan Lakeville Residence di sini pada 29 Mac ini.

Mah Sing memaklumkan, projek tersebut mengandungi sebanyak 660 unit kediaman berkeluasan 805 kaki persegi yang dilengkapi tiga buah bilik dan dua bilik mandi.

“Setiap unit turut disediakan satu petak parkir dan harga kediaman bermula sekitar RM300,000. Pembeli diberi pilihan melengkapkan isi rumah melalui pakej Mah Sing dengan tambahan sebanyak RM30,000.

“Pakej tersebut termasuk kelengkapan bilik, dapur, pendingin hawa, pemanas air, jubin lantai dan suis elektrik,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798256]

Facebook Comments