Selepas ‘ceroboh’ temu bual bapanya, Marion Kelly kini bintang internet


Si comel berusia 4 tahun itu bukan sahaja menarik hati ramai dengan tingkah laku yang aktif, malah gaya pemakaiannya. – Foto/ Twitter David Lewellyn,@TheDaiLlew

JIKA dua hari lepas, dia menarik perhatian ramai apabila ‘menceroboh’ sesi temu bual bapanya dengan BBC, hari ini Marion Kelly sekali lagi berjaya mencuit hati netizen dengan gelagat comelnya.

Marion, pada Rabu, muncul dalam satu sidang akhbar di Korea Selatan bersama bapanya, Profesor Robert E.Kelly.

Sidang akhbar berkenaan diadakan untuk memperjelaskan kekecohan yang berlaku dalam sesi temu bual pada Ahad itu. Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah ibunya, Kim, dan adik lelakinya, James.

Si comel berusia 4 tahun itu bukan sahaja menarik hati ramai dengan tingkah laku yang aktif, tetapi juga gaya pemakaiannya.

Marion hadir ke sidang akhbar itu dengan memakai trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu.

If she isn’t President of Earth by the time I’m 80, I’ll be bitterly disappointed. pic.twitter.com/f5qEfaaPT7

— David Llewellyn (@TheDaiLlew) March 15, 2017

BBC kid should be the next Doctor Who imo pic.twitter.com/tNA3mPqU5f

— Elena Cresci (@elenacresci) March 15, 2017

I love everything about Marion who interrupted her dad’s BBC interview. Love her trench coat and I love her glasses. pic.twitter.com/U3KLF1LIvF

— Yashar (@yashar) March 15, 2017

BBC interview kid has just been cast as Commissioner Gordon in the new Batman movie. pic.twitter.com/mM2aYgMOGM

— R. Eric Thomas (@oureric) March 15, 2017

Has Marion Kelly brought out her own range of specs yet? Because that needs to happen.

— Debora Robertson (@lickedspoon) March 15, 2017

Marion and James Kelly are real life superhero kids, and their power is to bring unending joy to millions of strangers all over the world! pic.twitter.com/dbXzyXdp0j

— El Último Jared (@ISnowNothin) March 15, 2017

Robert Kelly’s daughter in his press conference (live on BBC World TV now) chomping her lollipop like a cigar is the embodiment of thuglife. pic.twitter.com/05OhEKLHRm

— Tessa Wong (@tessa_wong) March 15, 2017

Dalam sidang akhbar itu, Prof. Kelly menjelaskan dia pada mulanya sangat risau dengan kekecohan yang dicetuskan anak-anak dan isterinya dan beranggapan dia mungkin tidak akan muncul di kaca televisyen lagi.

“Memang saya bimbang. Saya terus menghubungi BBC untuk meminta maaf.

“Ketika itu saya terfikir, ‘habislah, stesen televisyen takkan panggil saya lagi selepas ini’,” kata Kelly.

Namun begitu, Kelly berkata dia gembira kerana gelagat keluarganya itu sedikit sebanyak dapat menceriakan hidup orang ramai.

(Astro Awani)

[4798197]

Facebook Comments