Dua cedera dalam kemalangan tiga buah lori


GOPENG 16 Mac – Dua cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di Kilometer 302 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.16 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan tiga buah lori membawa buah-buahan, makanan dan aksesori kenderaan.

“Terdapat tujuh mangsa dalam kemalangan ini dengan dua daripadanya cedera ringan manakala lima orang lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798144]

Facebook Comments