Semangat kental calon OKU


Ipoh: Meskipun diramal mampu hidup sehingga berusia 20 tahun, Calon Berkeperluan Khas (CBK), Chiang Wai Cheng, 19, tidak berputus asa untuk mendapatkan keputusan cemerlang walaupun terpaksa berkerusi roda ke sekolah.

Wai Cheng dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan di sini, memperoleh 6A dan 3B dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini.

Dia yang menduduki peperiksaan sebagai CBK untuk kategori kurang upaya pelbagai kerana menghidapi penyakit ‘duchenne muscular dystrophy’, ditemani bapanya Chiang Wan Marn, 51, ketika mengambil keputusan, pagi ini.

“Saya gembira dengan keputusan ini dan berterima kasih kepada semua yang memberi dorongan, terutama keluarga dan guru serta rakan.

“Saya harap dapat sambung belajar di kolej dalam bidang hiasan dalaman,” katanya yang turut mendapat sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Adiknya turut menderita penyakit sama dan belajar di sekolah sama.

(myMetro)

[4798150]

Facebook Comments