107 kakitangan cemerlang KPDNKK dirai

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seramai 107 kakitangan diraikan sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 bagi tiga agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, anugerah kali kedua diadakan itu melibatkan 68 penerima dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 35 penerima dari Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dan empat mewakili Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang telah menunjukkan prestasi cemerlang ke arah memastikan sistem penyampaian kerajaan sentiasa menepati standard dan kualiti ditetapkan.

“Untuk mencapai kecemerlangan, seseorang itu memerlukan komitmen dan sokongan dari pelbagai pihak. Maka, anugerah ini sebagai menghargai peranan kakitangan yang telah meningkatkan keberkesanan agensi masing-masing dalam menepati jangkaan pelanggan,” katanya ketika berucap merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSM, MyIPO dan MyCC 2016 di sini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798110]

Facebook Comments