Bekalan air di Sepang, Kuala Langat pulih berperingkat

KUALA LUMPUR 16 Mac – Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat, Selangor kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih paip pecah berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, bagaimanapun bekalan air akan pulih secara berperingkat.

“Pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan penghujung sistem mengambil sedikit masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798073]

Facebook Comments