Lelaki New Zealand Lakar Sejarah Sertai Jawatankuasa PBB Bagi OKU

WELLINGTON, 16 Mac (Bernama) — Seorang lelaki warga New Zealand yang mempunyai masalah ketidakupayaan pembelajaran melakar sejarah apabila menduduki jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi orang kurang upaya (OKU), lapor agensi berita China Xinhua.

Kejayaan beliau menerima ucapan tahniah daripada kerajaan New Zealand.

Robert Martin akan berkhidmat dalam jawatankuasa mengenai hak orang kurang upaya untuk tempoh empat tahun

“Beliau akan bertugas sebagai pakar bebas bagi memantau pelaksanaan oleh negara anggota berkaitan hak orang kurang upaya di bawah konvensyen PBB,” kata Menteri yang menguruskan hal ehwal orang kurang upaya Nicky Wagner dalam satu kenyataan…..

(BERNAMA)

[4798080]

Facebook Comments