Restoran Nasi Kandar Line Clear beroperasi semula esok

PULAU PINANG 16 Mac – Restoran popular Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini akan beroperasi semula pagi esok selepas empat hari ditutup berikutan penemuan najis tikus di premis itu Isnin lalu.

Pengusahanya, Sahubarali China Mohd. Hanibah, 58, berkata, dia bersyukur kerana Kementerian Kesihatan membenarkan mereka membuka semula perniagaan kurang dari tempoh seminggu selepas disita.

“Kita telah membuat permohonan untuk beroperasi semula kepada pihak berkenaan pagi tadi dan keputusan itu diluluskan sebaik sahaja mereka datang membuat pemeriksaan selang beberapa jam kemudian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lalu, restoran popular itu serta restoran Yasmeen bersebelahannya diarah tutup selama dua minggu selepas operasi kira-kira 20 pegawai dan anggota Kementerian Kesihatan serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di premis berkenaan menemukan najis tikus. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798077]

Facebook Comments