China, Arab Saudi tangani MoU RM289 bilion


PRESIDEN China, Xi Jinping dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika tiba di Dewan Besar Rakyat Beijing. – Foto Reuters

BEIJING: China dan Arab Saudi hari ini, menandatangani pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan surat niat bernilai kira-kira AS$65 bilion (RM289 bilion).

Kementerian Luar China berkata, ia bersempena lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, ke Beijing.

Timbalan Menteri Luar China, Zhang Ming mengumumkan perkara itu di Dewan Besar Rakyat Beijing di sini.

Sementara itu, agensi berita AP melaporkan lawatan Raja Salman ke Beijing memperlihatkan usaha China untuk memperluaskan hubungannya di Asia Barat, khususnya dalam mendapatkan sumber tenaga bagi menjana ekonominya

Malah, ia menjadi komponen utama dalam usaha Beijing untuk menghubungkan China dengan Eropah menerusi pembangunan infrastruktur.

Dalam pada itu, Raja Salman, 81, akan ke Maldives dalam siri lawatannya ke Asia, selepas mengunjungi Malaysia, Indonesia, Brunei dan Jepun.

Ia adalah sebahagian daripada strategi negara itu untuk mengelakkan pergantungan kepada hasil minyak. – REUTER/AP

(BHONLINE)

[4798066]

Facebook Comments