Op Vulture turunkan 1,966 iklan ah long


IPOH 16 Mac – Sebanyak 1,966 kain rentang, poster dan papan iklan ceti haram atau ah long di sekitar bandar raya ini diturunkan oleh pihak berkuasa menerusi Op Vulture hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Lee Ewe Kiang berkata, dalam operasi yang turut disertai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu, antara lokasi tumpuan ialah di kawasan Ampang, Bercham, Tambun dan Kampung Tawas.

“Operasi selama dua jam bermula pukul 10 pagi ini disertai oleh 21 penguatkuasa MBI dan 15 anggota polis,” katanya di sini hari ini.

Selain Ipoh, operasi sama turut diadakan di Hilir Perak dan sebanyak 400 iklan ceti haram telah diturunkan. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4798021]

Facebook Comments