Peniaga dua pasar demo bantah Kerajaan DAP Pulau Pinang


PULAU PINANG 16 Mac – Sekumpulan peniaga di Jalan Kuala Kangsar, di sini mengadakan demonstrasi untuk membantah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menutup perniagaan mereka di situ.

Wakil peniaga, Lai Kong Hui berkata, mereka kecewa kerana keputusan berkenaan menyebabkan Pasar Jalan Kuala Kangsar yang berusia lebih 100 tahun dan dikategorikan sebagai pasar warisan kini ‘hilang’.

“Kami diarahkan berpindah di hadapan Pasar Chowrasta tetapi mereka tidak mempunyai perancangan apabila menyediakan petak niaga yang sangat kecil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bantahan berkenaan turut disertai sekumpulan peniaga dari Pasar Chowrasta yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri membuka lot niaga baharu di depan kedai mereka. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4797984]

Facebook Comments