Ahli Parlimen Filipina gesa Duterte dipecat


PRESIDEN Rodrigo Duterte. – Foto AP

MANILA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang memfailkan aduan ke Kongres Filipina untuk memecat Presiden Rodrigo Duterte atas dakwaan terbabit dengan jenayah peringkat tinggi, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Wakil di Dewan Perwakilan Rendah, Gary Alejano, menuduh Duterte melakukan pelbagai kesalahan yang menurutnya layak dipecat antaranya menyembunyikan aset dan konflik kepentingan hingga kepada pembunuhan luar undang-undang membabitkan dadah.

Malah, presiden itu didakwa menggerakkan ‘skuad penembak mati’ ketika menjadi Datuk Bandar Davao City.

Duterte menolak dakwaan berkenaan yang didakwanya pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Jurucakapnya berkata hari ini, Alejano cuba mewujudkan keraguan dalam kalangan orang ramai mengenai pentadbiran presiden.

Lebih 8,000 orang terbunuh sejak Duterte melancarkan perang antidadah, dengan 2,500 daripadanya hasil serbuan polis dan operasi penyamaran.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menafikan sebarang pembabitan dalam misteri pembunuhan beribu-ribu penagih dadah berkenaan. – REUTERS

(BHONLINE)

[4797791]

Facebook Comments