10 Situasi Masa Ambil SPM




Siapalah yang tak cuak masa terima keputusan SPM. Kalau dulu masa datang sekolah untuk terima keputusan peperiksaan yang lain seperti UPSR atau PMR (sekarang apa eh nama dia – haaa PT3, entahlah kenapa perlu ditukar nama. Buat atuk nenek confuse je) tak adalah rasa gementar macam ini. Masa UPSR siap boleh gurau-gurau lagi… “Kalau aku fail macam mana Mat?” “Kau teman jelah ayah kau toreh getah”.

Tapi itu dulu. Sekarang, keputusan SPM jadi sasaran untuk masa depan korang. Sejak awal tahun sebelum mengambil SPM, tiba-tiba korang dah berubah sikit. Dulu kemain liat lagi kan kalau mak minta ulang kaji dan siapkan homework yang ada. Tapi bermula Disember lagi, tiba-tiba rasa cuak kena study tu buatkan hati tak keruan. Kalau tak angkat buku sehari perasaan dia macam terlepas train lah.

Bagi yang ambil keputusan SPM pada hari ini, Good Luck REMAJA ucapkan kepada korang semua. Dan bagi remaja yang purba sedikit hehe… jom recap balik 10 situasi yang pernah korang hadapi masa menduduki SPM dulu:

1. Selalu kena compare dengan cousin sebaya. Mak cakap masa tunjuk result trial, “Sepupu kau si Kinah tu tak pernah ye tak dapat straight A’s. Kau ni pula….haihh apa nak jadilah Mat. SPM dua bulan je lagi..” Tiba-tiba muka kau mendung.

2. Kelas latihan intensif di tuisyen tak pernah miss. Lagi nak tambah kelas adalah, kononnya kalau tak join sama ketinggalan berbanding kawan yang lain.

3. Rebut soalan percubaan dari sekolah lain. Kata orang, kalau cikgu berjaya dapatkan kertas soalan daripada sekolah-sekolah elit macam SBP, MRSM atau Maktab Tentera, kononnya kau dah coverlah segala soalan. Kononnya..

4. Nak semangat belajar, kenalah buat revision dengan yang terchenta. Kalau tak faham chapter tertentu, mulalah jari tu gatal nak cuit, “..I tak faham la sayang, ajar lah..” Tapi, kesudah tak faham.

5. Bilik prep mula dibanjiri dengan para remaja yang diganggu dilema hormon. Segala macam Maggi, Nescafe, teh uncang, kuaci, kerepek yang mak kirim minggu lepas dan nasi lemak sambal kedekut, semuanya kau tibai. Sudahnya, bilik prep bertukar jadi kantin.

6. Tiba hari pertama peperiksaan, kertas pertama. Bahasa Melayu Rumusan & Pemahaman. Rasa menggigil pagi tu tak usah cakaplah. Bukan sebab kena mandi air kolah sejuk pagi tadi tapi sebab muka Ketua Peperiksaan tu cengih semacam. Mati kalau kantoi tiru ni!

 

7. Bila keluar dari dewan peperiksaan, laungan rasa lega berkumandang di koridor dewan. Mulalah ada grup yang berkongsi jawapan. Tak kurang juga yang seperti nak bertarung dah kerana jawapan yang mereka beri tadi berbeza. Aku? Pergi kantin, tibai mi sup.

8. Hari terakhir selepas habis menjawab kertas peperiksaan, korang tak tahu macam mana nak describe perasaan dalam hati. Sedih sebab zaman sekolah dah tamat? Gembira sebab korang dah rancang nak pergi trip dengan kawan? Entahlah, apa yang pasti gambar berkumpulan di pintu pagar sekolah sambil acah-acah jalan keluar kena ambil!

9. Kawan pelawa kerja part time. Mulanya macam tak nak, tapi sebab duit saku dah tak diberi ayah, terpaksalah cari kerja. Kerja pawagam? “Tak nak lah, kena bersihkan sisa popcorn.” Pasaraya? “Gila ke! Jatuhlah standard.” Sudahnya, tak kerja pun.

10. Masa yang ditunggu sudah tiba. Hari mengambil keputusan SPM. Masa tunggu di kantin tadi, kencang berborak dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Bila dah beratur di dewan, Tuhan je yang tau rasa debar. Kiri kanan dewan budak lain dah menjerit, menangis, meroyan (err..) tapi bila korang dah dapat slip keputusan, hhm macam terkedu pula. Aku ni..bijak juga kan?

Apa-apa pun keputusan yang diperolehi hari ini, ingat yang korang dah buat sehabis baik sepanjang tahun lalu!
 

(REMAJA)

[4797711]

Facebook Comments