Trump ikrar cabar keputusan mahkamah di Hawaii


PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump. – Foto Reuters

NASHVILLE: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam, berikrar untuk menentang keputusan Mahkamah Persekutuan menghentikan pindaan larangan sementara pelarian dan rakyat dari enam negara Islam dan menyifatkan ia sebagai ‘keputusan kehakiman yang melampaui batas’.

“Undang-undang Perlembagaan memberi Presiden kuasa untuk menggantung kemasukan imigresen apabila difikirkan berfaedah kepada kepentingan negara kita,” katanya pada perhimpunan di Nashville, Tennessee, susulan keputusan oleh mahkamah di Hawaii.

Katanya kepada penyokong, pentadbirannya akan ‘membawa kes ini hingga ke peringkat tertinggi, termasuk hingga ke Mahkamah Agung. Kita akan menang’. – AFP

(BHONLINE)

[4797689]

Facebook Comments