59 calon SPM 2016 Perlis peroleh A dalam kesemua mata pelajaran

KANGAR 16 Mac – Seramai 59 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 memperoleh keputusan A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki, meningkat 1.19 peratus berbanding 2015, iaitu 41 orang.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma di sini, mencatatkan keputusan terbaik di negeri ini dengan seramai 28 calonnya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Ia diikuti Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra iaitu seramai 13 orang; SMK Agama Perempuan Kangar (enam) dan SMK Agama Arau (empat).

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 18 mata pelajaran menurun berbanding tahun sebelumnya antaranya Sejarah, Matematik dan Kesusasteraan Melayu. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4797640]

Facebook Comments