Kementerian Pendidikan berpuas hati keputusan SPM


ALOR SETAR 16 Mac – Kementerian Pendidikan berpuas hati dengan peningkatan ditunjukkan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini walaupun berlaku penurunan bilangan pelajar yang mendapat gred tertinggi (semua A).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) yang mencecah 5.36 berbanding 5.44 pada tahun sebelumnya adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Sebanyak 25 peratus soalan dalam peperiksaan tersebut menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Justeru peningkatan ini tentunya sesuatu yang  baik untuk kita.

“Begitu pun kami akan terus melakukan analisis terhadap peperiksaan ini bagi mengenal pasti kelemahan yang ada pada pelajar dalam menjawab soalan KBAT,” katanya selepas menyampaikan sijil keputusan SPM kepada pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4797623]

Facebook Comments